BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM WBT..
Daripada Abdul
Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sesungguhnya
aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di
Israqkan……..”
1-Aku telah
melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan
keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu
terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA
KEDUA IBUBAPANYA.
2-Aku melihat
seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan,
diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3-Aku melihat
seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis
lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS
kepada Allah.
4-Aku melihat
bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka
jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya
oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah
melepaskannya dari seksaan itu.
5-Aku melihat
umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga
di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS
KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6-Aku melihat
umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk
berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI
JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para
nabi dan duduk di sebelahku.
7-Aku melihat
seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya,
sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN
UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan
kepada tempat yang terang-benderang.
8-Aku melihat
umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun
membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA
BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9-Aku melihat
umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma
pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan
kepalanya dari bahaya api tersebut.
Sabda
Rasulullah SAW yang mulia, “sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain
walaupun dengan sepotong ayat..
No comments:
Post a Comment